Pilihan program affiliate terbaik di Malaysia untuk income online anda.

 

Tidak dinafikan affiliate adalah cara terbaik untuk jana pendapatan secara online.

Jika dibuat dengan betul pasti berbaloi.

                                             Pendapatan 10 hari program affiliate Lazada

Untuk sertai program affiliate anda kena tahu dimana lubuk-lubuknya.Kerana tak semua program affiliate yang ada di Malaysia diuruskan sendiri oleh pemiliknya.Ada syarikat yang uruskan program Affiliate sendiri contohnya Lazada.

Ada juga syarikat yang menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menguruskan program mereka contohnya Shopee, Zalora dan Watson.Semasa nak sertai mana-mana program affiliate, selalunya saya akan periksa sama ada syarikat tersebut ada uruskan sendiri atau tidak.

Jika ya, saya daftar terus dengan mereka.Tak melalui pihak ketiga.Kerana komisennya lebih besar.Post ini mengumpulkan senarai program affiliate terbaik yang boleh anda sertai.

Senarainya seperti berikut:

SENARAI PROGRAM AFFILIATE DI MALAYSIA

  1. Program Affiliate Lazada
  2. Program Affiliate HotelsCombined
  3. Platform Affiliate Involve Asi
  4. Platform Affiliate AccessTrade
Untuk no 1 dan 2, program tersebut diuruskan oleh pemilik syarikat sendiri.

No 3 dan 4 adalah ‘orang tengah’ yang menguruskan program affiliate daripada pelbagai syarikat.

Terdapat pelbagai program affiliate yang boleh anda sertai di dalamnya.

4 lubuk ini pasti akan mendatangkan pulangan yang lumayan pada anda.

1.Program Affiliate Lazada

Progam Affiliate Lazada adalah pilihan utama saya.Program Affiliate ini diuruskan oleh pihak Lazada sendiri.Siapa Lazada?Hampir semua orang kenal Lazada, apatah lagi dikalangan para online shopper.Lazada adalah tempat menjual dan membeli barangan secara online untuk pelbagai jenis barangan seperti barang elektronik, barangan dapur, alat mainan kanak-kanak hinggalah ke barangan masakkan.

Sebab terbesar kenapa anda perlu sertai program affiliate Lazada adalah:

  • Efisien – Diuruskan oleh pihak Lazada sendiri
  • Lumayan – Komisen besar
  • Pantas – Bayaran cepat
  • Kepelbagaian – Sesuai untuk semua topik

Lazada menguruskan program affiliate mereka sendiri.Tidak ada orang tengah.

Tidak ada orang tengah bermaksud komisen anda lebih besar, proses untuk validation cepat dan bayaran pun pantas.Pendapatan anda bulan ini akan dibayar bulan depan.

Lagi satu, kepelbagaian barangan yang dijual di Lazada menjadikan program ini hampir sesuai untuk semua topik.Anda nak cerita pasal hiking?Boleh selitkan link kasut, khemah, hammock…

Cerita pasal home garden?Selitkan barangan gardening dari Lazada…Apa lagi? Apply untuk sertai program ini sekarang:

                                                   Pohon Affiliate Lazada

2.Program Affiliate HotelsCombined


Jika topik yang anda bawakan dalam blog atau media sosial berkaitan dengan perlancongan sertai program affiliate ini.

HotelsCombined adalah tempat untuk perbandingan harga-harga hotel yang ditawarkan oleh beberapa booking site seperti Booking.com, Expedia, hotel.com, agoda dan banyak lagi.

Dengan menyertai program affiliate ini, ia memastikan anda tidak akan kehilangan komisen daripada link yang diberikan.Tak kiralah pengguna nak booking dari Booking.com, hotel.com. agoda atau sebagainya.

Dibandingkan jika anda menyertai affiliate salah satu daripada booking site tersebut contohnya Booking.com.Terdapat kemungkinan pengguna tak buat book daripada laman tersebut, kerana mungkin tawaran dekat laman lain contohnya agoda atau hotel.com lebih baik.

Disamping anda menceritakan pengalaman anda, buat review dan sebagainya selitkan sekali link affiliate.

Untuk mendaftar gunakan link berikut:

  Daftar Program Affiliate HotelsCombined

3.Platform Affiliate Involve Asia

Involve Asia adalah platform untuk pelbagai program affiliate.

Mereka adalah ‘orang tengah’ yang menguruskan pelbagai program affiliate seperti Shopee, Hotel.com, Watsons dan banyak lagi.

                               Antara program affiliate yang boleh disertai dalam Involve Asia.

Antara kategori affiliate yang boleh anda sertai dalam Involve Asia adalah:

  • Travel – hotel.com, Klook travel…
  • Fashion – Shopbop, Ann taylor…
  • Services – Photobook, Republic GG
  • Marketplace – Shopee, Lazada, Alibaba…
  • Finance – Citibank, Etiqa..
  • Health & Beauty – Watsons, Hermo
  • Electronics – Senheng, DJI CPS

Dalam banyak-banyak senarai tersebut, pasti ada yang sesuai untuk anda.

Komisen yang ditawarkan pula adalah berbeza-beza bergantung pada program affiliate yang anda sertai.Contohnya program affiliate Citibank menawarkan sehingga RM230 komisen untuk setiap conversion (jualan) yang berjaya.

Bagaimana nak sertai program affiliate dalam Involve Asia ini?

Untuk menyertai program affiliate ini anda kena dapatkan 2 kali kelulusan.Pertama, anda kena memohon daftar dahulu dengan Involve Asia.Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh pilih progam affiliate yang ingin disertai dan pohon.Selepas lulus barulah anda boleh mula beraffiliate dan menerima komisen.

Agak leceh sedikit bukan?

Banyak perkara yang mereka nak lihat contohnya bilangan follower, kesesuaian facebook atau ig yang ingin digunakan dan sebagainya.Untuk program affiliate yang ditawarkan dalam Involve asia pula, untuk lulus cepat anda kena:

Pastikan description untuk property anda bersesuaian dengan program affiliate yang dipohon.

Maksudnya, setiap kali anda nak memohon sesuatu program affiliate, ubah description property anda agar ia lebih kepada program yang anda pohon.

Untuk memohon pendaftaran dengan Involve Asia anda boleh gunakan butang berikut:

                                       Daftar Involve Asia

4.Platform Affiliate AccessTrade

AccessTrade adalah rangkaian pemasaran affiliate yang berasal dari Jepun dan meluaskan cawangan mereka ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.Seperti Involve Asia, AccessTrade juga merupakan ‘orang tengah’ yang menguruskan program affiliate untuk syarikat-syarikat seperti Shopee dan Watson.


Pilihan program affiliate yang ada ditawarkan dalam AccessTrade mungkin ada kurang sedikit berbanding Involve Asia.Tapi, saya cadangkan anda daftar juga dengan syarikat ini.Kenapa nak daftar dengan AccessTrade jika sudah ada Involve Asia?

Sebagai seorang affiliator, kena ada plan B, C, D dan seterusnya…Kongsikan sedikit pengalaman saya mengharapkan sepenuhnya daripada Involve Asia.Saya buat program affiliate Shopee.Semua link Shopee yang saya letakkan dalam blog berasal daripada Involve Asia.

Tiba-tiba Involve Asia kata bajet Shopee sudah sampai limit dan mereka tak sambung-sambung lagi.Habis semua link affiliate saya.

(Kalau 10 – 20 link tak apa, ini beratus link)

Bila saya periksa dekat AccessTrade, affiliate Shopee tak ada masalah pula. Masih jalan…Oleh itu, jangan letak semua telur-telur kita dalam satu bakul sahaja.

Nanti jatuh, pecah kesemuanya.Separuh buat dengan Involve Asia dan separuh dengan AccessTrade.Selain itu, saya selalunya akan bandingkan antara kedua-dua platform affiliate ini.

Contohnya kedua-dua platform menawarkan program yang sama iaitu program affiliate ringgit plus.Tapi komisen yang ditawarkan agak berbeza:

AccessTrade – Komisen RM155
Involve Asia – Komisen RM140


Kita boleh pilih mana satu komisen yang lebih lumayan.

Untuk mendapat kelulusan daripada AccessTrade juga mungkin agak mudah sedikit.Jika ada program yang ingin anda sertai tak lulus dekat Involve Asia boleh cuba dekat AccessTrade.

Untuk memohon AccessTrade:

                                         Daftar AccessTrade

Pilih mana-mana program yang sesuai untuk anda dan fokus.Bila sudah nampak hasilnya teruskan untuk fokus.Anda pasti gembira dengan hasilnya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!