Ini Sebab Kenapa Kita Disaran ‘Restart’ Telefon Pintar



Kenapa Kita Disaran ‘Restart’ Telefon Pintar Seminggu Sekali?


Ketika ini, telefon telah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kita.

Menonton video, mendengar lagu, bermain permainan, melayari laman sosia, semuanya hanya menggunakan satu peranti itu.


Walau bagaimanapun, selepas lama digunakan, mulalah telefon kita meragam. Bilakah waktu terakhir anda hidupkan semula (restart) telefon?


Tahukah anda, telefon pintar juga perlu dijaga sepertimana manusia menjaga kesihatannya?


BACA JUGA: 2 Cara untuk Menghentikan Status Stories WhatsApp Rakan dari Muncul


Jika manusia mahu menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat, telefon pintar pula hanya dengan kaedah restart. Kita digalakkan untuk melakukan proses ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Kenapa perlu kerap restart telefon?

Menurut Bob Motamedi, seorang konsultan teknologi berpangkalan di Los Angeles, ada pelbagai sebab mengapa kita perlu hidupkan semula telefon pintar bagi memastikan prestari telefon kekal lancar.

Kaedah ini mampu mengembali semula memori, mengelakkan crash, supaya berjalan lebih lancar dan memanjangkan jangka hayat bateri telefon pintar.
Kata Bob lagi, untuk penggunaan seharian, aplikasi yang ditutup sebenarnya bukanlah ditutup sepenuhnya.


Sebaliknya aplikasi tersebut hanyalah diletakkan pada keadaan yang membolehkan ia dibuka lebih pantas pada masa seterusnya.

Bayangkan, berapa banyak aplikasi yang kita guna setiap hari? Kesemua aplikasi ini sebenarnya memakan memori dan turut menggunakan kuasa bateri tanpa kita sedari sekali gus membuatkan peranti cepat kehabisan bateri.


Jika telefon anda tiada sebarang aplikasi yang
 crash, jangan ingat tidak perlu menghidupkan semula telefonnya. Ini disebabkan setiap kemaskini yang diterima, halaman yang dibuka, aplikasi yang dipasang atau dibuang, kesemuanya akan menambah atau membuang kod di sebalik sistem operasi telefon pintar.

Kadang-kala, sesetengah kod ini bercanggah atau tidak sesuai antara satu sama lain menjadikan telefon pintar anda tidak beroperasi begitu lancar.

Sebab itulah, hanya membuang aplikasi dari senarai menu multi-kerja tidak mencukupi kerana masih terdapat sisa-sisa aplikasi yang tersimpan di sebalik sistem operasi tersebut.


Oleh itu, dengan melakukan restart seminggu sekali, kesemua aplikasi akan tertutup sepenuhnya dan memori peranti juga akan membuang segala perkara yang pernah kita layari sebelum ini.

Namun, tiada masalah jika anda mahu restart lebih dari sekali dalam masa seminggu kerana prosesnya tidaklah mengambil masa yang lama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!