Tim Cook hari ini melakukan temuramah ringkas bersama saluran Brut America, sekaligus berbincang berkenaan dengan keselamatan dan privasi yang ditawarkan oleh Apple berbanding sejumlah syarikat lain di pasaran.
BACA JUGA: Mark Menguji Ciri Alternatif Clubhouse Di Facebook
Pada waktu yang sama, Tim Cook turut menekankan yang mana Apple tidak menawarkan kebolehan memasang bersaingan (side-loading) sesuatu aplikasi pada iOS kerana mengambil-kira keselamatan dan privasi pengguna – serta bahaya yang dibawakan oleh pemasangan aplikasi dengan langkah tersebut.
BACA JUGA:Ini Sebab Kenapa Kita Disaran ‘Restart’ Telefon Pintar
Tim Cook turut mengatakan yang mana Android mempunyai 47 kali ganda lebih perisian hasad berbanding iOS.
BACA JUGA: 9 Fakta Tentang MySejahtera
Apple menghalang dan mengurangkan perkara berkenaan dengan memastikan semua aplikasi melalui pengesahan mereka dan hanya menggunakan satu kedai aplikasi sahaja. Ini sekaligus membolehkan ekosistem iOS kekal lebih selamat dan privasi pengguna terjaga.